Sinopsis dan Para Pelakon Apa Dah Jadi (TV2)

Sinopsis dan Para Pelakon Apa Dah Jadi (TV2) kali ini admin Jagat Seleb informasikan untuk anda, dimana Saksikan telefilem Apa Dah Jadi lakonan Aiman Hakim dan Raysha Rizrose, Selasa ini, pukul 10.00 malam di TV2. Bagi mereka yang tidak sempat berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

Sinopsis dan Para Pelakon Apa Dah Jadi (TV2)

JUDUL : APA DAH JADI
TARIKH / MASA : Selasa, 13 Jun 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra (TV2-RTM)
PELAKON : Aiman Hakim, Raysha Rizrose, Afique Hussain, Theera Alias, Ika Nabila

SINOPSIS APA DAH JADI
Mengisahkan Alana, gadis berwatak lincah bertugas sebagai penyambut tetamu di pejabat. Namun pada masa sama, dia turut melakukan kerja tambahan sebagai pembantu rumah separuh masa untuk membantu meringankan beban kewangan ibunya.

Takdir menemukannya dengan pemuda dikenali sebagai Mikail semasa bertugas sebagai pembantu sambilan di rumah Mikail. Mikail pemuda dari keluarga kaya membuatkan berfikir panjang untuk meneruskan persahabatan yang baru terbina antaranya dengan pemuda itu.

Sementara itu Mikail tidak begitu serasi dengan perangai teman wanitanya, Adira yang dianggapnya suka mengawal dirinya membuatkan hubungan mereka tidak sefahaman. Apabila Adira tahu Mikail menjalin hubungan dengan Alana, dia bertindak menyerang Alana sehingga mengakibatkan Alana di tolak dan jatuh ke dalam longkang.

Tingkah laku Adira itu juga tidak disenangi oleh ibu Mikail. Dia menganggap Adira yang berpelajaran tinggi dan cantik sepatutnya lebih tahu mengawal keadaan berdepan dengan situasi tersebut. Namun adakah dia sudi menerima Alana yang tidak setaraf dengan keluarga mereka sebagai menantu?

Demikianlah info mengenai Sinopsis dan Para Pelakon Apa Dah Jadi (TV2)

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis dan Para Pelakon Apa Dah Jadi (TV2)"

Post a Comment